Thursday, May 10, 2012

Hidayah Datang Bergolek-golek. Err~




Kadangkala, bukan hidayah itu tidak hadir, tetapi mata hati manusia itu yang buta.


 بسم الله الرحمن الرحيم


Hari tu dapat kongsi sesuatu dengan kawan-kawan.

Sesuatu yang dipanggil hidayah.

Gila best. ^.^

Hmm.. Sekarang kan, ramai antara kita, bila ditegur untuk berbuat kebaikan, jawapan typical..


“Nantilah, belum dapat hidayah..”

“Sabarlah, kena slow-slow.. Nanti tak istiqamah"

"Esoklah tutup aurat”


Ya. Termasuklah saya, suatu ketika dahulu.. Susah benar mahu memaksa diri untuk pakai stoking. Huuu~

Tapi tahu tak..

Bukankah teguran itu juga satu hidayah?

Alasan-alasan tersebut hanya menjadikan kita rebel seperti budak kecil.

Duh! sungguh tidak macho.



Fahamilah.. hidayah tak datang bergolek.

Dia datang sekejaaaap je. Sependek 1 saat. Sesingkat main poke-poke.

Kalau kita tak grab cepat-cepat, rugiiii...

Dan ia datang sekali tu je. Next time mungkin. Tapi driving force untuk melakukannya mungkin tidak seghairah kali pertama mendapat sentuhan itu.

Scary bukan? Serious scary. Macamana kalau kita terlepas hidayah tu?

Huuu~

Sebab tu lah kena cepat-cepat.

Benda apa pun yang datang, bila mana ia menyentuh hati, ia adalah satu hidayah. Termasuklah teguran, terbaca, ternampak, terbuat dan segala bagai ter lagi.

Muhasabah diri.. Tahap iman, perlu kita check selalu. Nak tahu paras iman, kena kenal diri sendiri. Nak kenal diri sendiri….Errr… Cuba duduk sorang-sorang.

Apa yang kita buat, cakap, dan dengar sewaktu duduk sorang-sorang, itulah diri kita yang sebenar. =)

Menurut Dr.Harlina Hj Siraj, nak tahu tahap iman ni kan, cuba tengok masa kita ditimpa musibah.


Katalah duit hilang, apa yang pertama terlintas kat hati ek?

Katalah kawan buat kita marah, apa yang pertama terlintas di hati ek?

Katalah nampak orang tak menutup aurat menasihati pasal agama, apa yang pertama terlintas di hati ek?


Sekiranya ini apa yang kita ucapkan,


“Ya Allah, apalah dosaku hari ni..”

“Ya Allah, apa yang Kau mahu ajarkan padaku..”


Sekiranya Allah yang pertama-tama melintas di hati… InsyaAllah.. iman kita yang ni dapat menyelamatkan diri dan orang-orang di sekeliling dunia dan akhirat.. =)

Hati...

Kena jaga elok-elok. Once dah sesat susah nak patah balik. Kalau sesat dekat takpe. Sesat jauh, ibarat kereta sesat di highway. Nak patah balik, Masyaallah… Memerlukan kos yang besar, masa yang banyak, tenaga.. lagilah.

Penat kan?

Maka pandulah hati berdasarkan peta Al-Quran.. Sure tak berubah macam peta KL yang selalu buat saya sesat. HoHoo~


Oh ye, lepas tu kawan ada cakap mengenai satu hadis.


Tidak akan mati seseorang sebelum dia melakukan dosa orang yang dia umpati sewaktu hidupnya.


Err~ faham tak?

Contohnya bila kita kata orang tu berzina, main kayu tiga, tak tutup aurat. Menyampah!. 

Maka kita tidak akan mati, selagi kita tak buat dosa orang yang kita umpati tu.

Scary tak?
Laaaagi scary.

Maka berhati-hatilah dalam membuka aib seseorang.. Satu kali kita buka aib orang, Sepuluh kali Allah buka aib kita.

Anda terasa dengan entry ini? Alhamdulillah, moga-moga ia hidayah dari Allah. Muehehe~

Wallahua’lam..






Moga Menjadi Insan Soleh dan Solehah
^__^

Sunday, April 22, 2012

A letter

 

 Dear Allah,


This week has turned out to be really chaos, wow.. Thanks to You i guess if not i would be watching movie every night for the entire week. =.=!


Everyday class would end up at 1-2pm, walking dead to lecture at 3pm, sambung lagi drag kaki ke wad until 5 and...drilling the books, video and what not until 2am. wow. i feel like doctor!! Alhamdulillah, thanx to You again for giving me Dr.Suhaila,,, the neurologist.


One of the scariest doctor i ever met yet i loooooveeee her very much. Although she can blow her voice throughout the entire ward questioning about pathophysiology of chronic liver disease, (oh someone said sampai tingkat bawah jugee) but, she is nice though.


Oh. Oh.
I can still remember the echocardiogram thingy she thought us during the first day I met her which was last week (You knew everything kan. Tapi nak cakap jugak) and it's pretty impressive as I usually keep that in my brain in less than a day. Heh. cannot blame on You for the capacity. I eat pickles too much. Tsk.Tsk.


I miss my home...

I really do..


Came across an old message and it brightens me up,


"although we didnt know each other very well, but i know, u r going to be shape into a really good person. Insyaallah.."


But came across Your love letter, it shows me how...



"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman..."
[Al-Mu'minun:1...]


Dan seterusnya...seterusnya..


Insyaallah.. Ameen..Ameen... You know Allah? I wanna be a good person. Not for other people but for You. And it explains why im still here. Not care enough thinking when i wanna go home instead, struggling to be a good future doctor for my ummah.



Insyaallah, if not now. One day pasti! Caiyokk!! \ (^__^) /


Love,
Me.
Your always mumble-to-herself human. :)


Wednesday, April 11, 2012

Gone

Sometimes,
Allah takes us into water,
Not to drown us,
But to cleanse us..


He knows while we don't...


Alhamdulillah, selesai community research in Muar, Johor.


Here are some loves ^^,









Friday, March 16, 2012

JUMP 2012!!!

In the Name of Allah The Most Gracious, Most Merciful...


Remember this pic?









InsyaAllah...


Again, this year.. but from different point of view






"bila pandang ke langit.. jangan lupa tujuan kita hidup di bumi.."










Alhamdulillah, participants have reached faaaar over the limit!


Speaker,


Slot 1 : Berpesatuan
'We Are Not Alone'






Slot 2: Dakwah
'Muhammad and I Are Not So Different'
by: Ustaz Izhar Ariff
(Murshid Imam Muda Musim ke-2)
(Pembentang Wasathiyyah Cara Hidup, Konvensyen Fiqh Ummah 2012)









Slot 3: Khalifah
'Muslim We Are Leaders, Pewaris Semangat Al-Fateh'
by: Ustaz Syaari
(Penulis buku Kuasa Kepimpinan Al-Fateh)








Slot 4: Hospital Islam
'Muslim Health Professional'
by: Dr.Ahmad Hazwan Ahmad Shushami
(MBBS UM)






Slot 5: Budaya Berfikir Generasi Ulul Albab
by: Ustaz Wan Ji







"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya"
-Imam Hasan Al-Banna-



 

Thursday, March 15, 2012

Amal sedekah

Cuba melapangkan masa yang sedang sibuk untuk perkara-perkara akhirat.

Medic ni..
Banyak kelas, masalah.
Takde kelas pun masalah jugak.
Huhu..

Hari tu kat radio Ikim ada cakap,

Kalau kita pergi kerja dengan bersemangat, then balik dalam keadaan penat maka..

Bergembiralah!

Kerana itu bermakna dosa-dosa kita telah diampunkan.

Tapi...

Kalau kita pergi kerja dalam keadaan lesu, then balik dengan cergas maka,

yang tu kena cek balik. Hohoo..

Sentap...

Lecturer kata kelas dah habes laju je balik kolej. *kofkofkof*


Oke lah, nak cerita sesuatu sebenarnya.

Satu hari, Ali mengisahkan seorang lelaki telah datang berjumpa Rasulullah dan berkata,


"Ajarkanlah kepadaku suatu amalan yang membuat Allah dan para makhluk mencintaiku, Allah menambahkan hartaku, menyihatkan tubuhku, memanjangkan umurku, dan membangkitkan aku di Padang Mahsyar bersamamu"


Rasulullah menjawab,



"Apabila kamu mahu Allah mencintaimu,
takutlah kepadanya dan bertaqwalah.

Apabila kamu mahu para makhluk mencintaimu,
berbuat baiklah kepada mereka dan jangan mengharapkan sesuatu daripada apa yang mereka miliki.

Apabila kamu ingin memiliki banyak harta,
zakatkanlah harta bendamu.

Apabila kamu mahu sihat,
banyakkan sedekahmu.

Apabila kamu mahu panjang umur,
jalinkanlah silaturrahim dengan saudara-saudaramu.

Apabila kamu mahu dikumpulkan bersamaku di Padang Mahsyar,
maka panjangkanlah sujudmu pada Allah yang Satu."


Jadi salah satu mengenainya adalah sedekah.
Kalau nak ikut, harta yang benar-benar milik kita ni cuma ada 3 jenis je

  1. Harta yang apabila dimakan akan habis. Contohnya makanan.
  2. Harta yang apabila dipakai, sehingga rosak. (bukan rosak yang belum sampai masanya)
  3. dan Harta yang disedekahkan.

Jadi andai kata selain dari itu harta tersebut hilang, terbakar, tercicir, terlepas, busuk maka jangan terlalu sedih. Sebab harta tu bukan milik kita.


Maka, dalam banyak-banyak jenis harta kat atas, harta yang betul-betul menolong kita ke jalan syurga Allah, cuma ada satu je. Iaitu harta yang disedekahkan.


Miskin kan kita?
Ironic.


Kata nabi,

Kena zuhud terhadap dunia, baru dicintai Allah.
Dan kena zuhud terhadap apa yang dimiliki orang, barulah dicintai orang.


Tuesday, March 6, 2012

wasathiyyah

wasathiyyah tu..

bila mana kita mengejar duniawi, ukhrawi tetap menjadi pilihan.

wasathiyyah tu..

bila mana kita besederhana dalam aqidah, amaliyyah lebih dari nazhariyyah.

wasathiyyah tu..

bila mana kita senyum, kita senyum dengan semua orang.

wasathiyyah tu..

bila mana kita solat, makan, bergaul, kita jadikan sebagai ibadah

wasathiyyah tu..

bila mana kita berharta, yang miskin kita tak lupa

wasathiyyah tu..

bila kita ambil masa 1 jam untuk bersuka-ria, why not kita spend 1 jam untuk faham Al-Quran. FAHAM ye, bukan baca je.

wasathiyyah tu..

bila mana kita besederhana, adil, tak lebih dan tak kurang.

tapi bukan bermakna

bila hati disakiti sahabat, kita berhak melibas balik

hukum karma orang kata. adil lah kan..

tak.tak

wasathiyyah tu..

bila mana hati terasa disakiti, kita balas dengan kasih sayang :)

wasathiyyah tu..

apabila kita menjadikan seluruh kehidupan sebagai ibadah.

bukan solat adalah ibadah, tidur adalah tidur.

even tidur juga merupakan satu ibadah :) adil dalam semua perkara

Dulu mama selalu pesan, *sebab saya selalu tak susun selipar*


"Orang yang beriman ni, orang yang teratur. Bila kita tengok dari luar rumah dia je, kita dah tahu dia orang yang macam mana. Sebab orang yang beriman, dia akan suka susun selipar"


Eh. Ape kaitan?

Orang yang beriman adalah orang yang wasathiy.
Orang yang wasathiy ialah orang yang menjadikan seluruh perbuatannya menjadi satu ibadah kan.
Walaupun sekecil ibadah menyusun selipar.

Hebatkan kesan amalan wasathiy?

Semua ni ada dalam Al-Quran. So read, understand and make use of it.


...ولقد يسرنا القرءان للذکر
walaqad yassarnal qur'ana lidzikri..

"Allah made the quran easy.. for those who have the intention to remember.."
[Al-Qamar:17]


Maha suci Allah yang menjadikan Islam itu syumul..
Alhamdulillah..
May Allah grant us the best
In this life, and hereafter :)

Wednesday, February 29, 2012

Syahid

بسم الله الرحمن الرحيم


Istimewanya Klang ni, selalu dengar azan pukul 5 pagi. Dah tak perlu pakai alarm untuk bangun pagi. HuHu... Mula-mula scary jugak, ingat salah timing. Tapi bila dah hari-hari mama kata, tu salah satu cara untuk kejutkan orang bangun qiam..


الله اکبر


Banyak pahala dia dapat.



Dan ikut hadis Rasulullah s.a.w, Zaman sekarang kalau amalkan sunnah nabi dapat pahala 100 orang mati syahid. Tiada ganjaran yang paling besar untuk mati syahid melainkan syurga di sisi Allah..

=')

Untunglaa...

Nikmat negara aman damai. Kalau Allah nak tarik, bila-bila masa pun boleh. Yet. saudara seagama kat sana tak pernah tidur..




Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang -orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhan-nya mendapat rezeki"

[Al-Imran:169]


Subhanallah, untungnya!